Pakaian seragam PUSPANITA terkini berwarna ungu dan dihiasi motif bunga raya berwarna kuning keemasan. Manakala, warna tudung atau selendang yang dipakai adalah kuning.
Pakaian seragam ini mula digunakan sejak tahun 2012 dan merupakan lambang perpaduan serta penyatuan para ahli PUSPANITA di seluruh negara.
Pembelian pakaian seragam boleh dibuat melalui PUSPANITA cawangan masing-masing atau secara langsung kepada PUSPANITA Kebangsaan.