1.7.23

LAWATAN SANTUNAN KASIH KELUARGA MANGSA LEMAS DI GUAR CHEMPEDAK, YAN, KEDAH

 

30 JUN 2023 (JUMAAT)

LAWATAN SANTUNAN KASIH KELUARGA MANGSA LEMAS DI GUAR CHEMPEDAK, YAN, KEDAH

Dalam kemeriahan meraikan suasana Hari Raya Kedua Aidil Adha, PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan tidak lupa untuk berkunjung ke rumah keluarga mangsa yang meninggal akibat insiden lemas yang berlaku di takungan tebatan banjir di Kg Batu 20, Guar Chempedak, Yan pada 16 Jun 2023 yang lalu.

Mangsa adalah pelajar Tingkatan Tiga iaitu Allahyarham Muhammad Danish Haidar Bin Mohd Rizal, 15, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Chempedak 2, Yan, Kedah.

PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan yang diwakili oleh Tuan Penasihat [Tn. Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK.], Puan Pengerusi [Pn.Amila binti Ahmad] dan Puan Setiausaha [Pn. Nur Izzati binti Mohd Sabri] telah berkunjung ke rumah kediaman keluarga mangsa yang terletak di Kg Jalan Baru, Guar Chempedak.

Ibu mangsa iaitu Puan Nor Mashitah binti Nordin merupakan salah seorang warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Yan dan juga ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan.

Kehadiran Tuan Pengerusi, Puan Penasihat dan Puan Setiausaha PUSPANITA Yan ini disambut oleh keluarga Puan Nor Mashitah yang turut  berkongsi kisah tragedi malang yang menimpa Allahyarham anak beliau tersebut dengan tenang.

Lawatan Santunan Kasih ini merupakan tanda peka dan prihatin PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan kepada para ahli PUSPANITA yang diuji dengan dugaan oleh Allah s.w.t. Di akhir  kunjungan, Puan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada Puan Nor Mashitah sekeluarga.

Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Puan Nor Mashitah  di atas pemergian anakanda tercinta dan semoga mereka sabar dan redha atas ujian yang dihadapi.

PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan mendoakan semoga Allahyarham Muhammad Danish dicucuri rahmat oleh Allah s w.t. dan ditempatkan di syurga bersama para mukminin dan solihin.

Al Fatihah (dibaca).

#PUSPANITAYan

#40tahunPUSPANITA

#KeluargaPUSPANITA

#KASIHWanita

#puspanitadaerahyan