15.7.23

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗘𝗥𝗔𝗜 𝗙𝗨𝗡 𝗥𝗨𝗡 𝗗𝗜 𝗣𝗔𝗡𝗧𝗔𝗜 𝗠𝗨𝗥𝗡𝗜 𝗪𝗔𝗧𝗘𝗥𝗙𝗥𝗢𝗡𝗧, 𝗬𝗔𝗡, 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗛

 𝟭𝟱 𝗝𝗨𝗟𝗔𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟯 (𝗦𝗔𝗕𝗧𝗨)-

Program Jerai Fun Run ini telah diadakan pada 15 Julai 2023 (Sabtu) bertempat di Pantai Murni Waterfront, Yan, Kedah bermula jam 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Aturcara program ini dimulakan dengan aktiviti Senamrobik dan disusuli dengan sesi pelepasan para peserta larian Jerai Fun Run yang melibatkan penyertaan seramai 300 orang peserta termasuk kanak-kanak sejauh 5 kilometer oleh Pegawai Daerah Yan / Yang Dipertua Majlis Daerah Yan merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan (Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK), Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan (Puan Amila Binti Ahmad), Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah) / Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan (Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi), Timbalan Ketua Bahagian UMNO Jerai (Dato' Ir. Mohamed Noor Bin Abu Hassan, DBNS., ANS), Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerai (Encik Azmilruldin Badruddin) dan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Yan, Lt(PA) Muhammad Zul Izzi Bin Zulkifli. Program diakhiri dengan sesi cabutan bertuah dengan hadiah utama yang disediakan iaitu sebuah motorsikal.
Program yang berkonsepkan Fun Run ini dianjurkan bagi menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan berorientasi riadah bersama keluarga.
Turut hadir dalam program ini ialah Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) PDTY, Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Daerah) PDTY dan Penghulu-penghulu mukim Daerah Yan.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada Kelab Sukan Rekreasi Luar Jelapang Padi kerana menganjurkan program yang sangat bermanfaat seperti ini khususnya kepada komuniti setempat.
Jutaan terima kasih juga dirakamkan kepada seluruh jabatan / agensi, masyarakat setempat dan para peserta atas kerjasama padu dan komitmen tinggi yang diberikan dalam memastikan kelancaran dan kejayaan program riadah dan rekreasi ini ke arah pembudayaan gaya hidup sihat yang diadakan di Daerah Yan.
"WANITA SEPAKAT, NEGARA MENINGKAT"