17.7.23

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐎𝐌 𝐓𝐈𝐍𝐉𝐀𝐔 𝐏𝐑𝐎𝐃𝐔𝐊 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐑𝐎 𝐊𝐄𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐉𝐔𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍

 

𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟑 (𝐀𝐇𝐀𝐃)

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐎𝐌 𝐓𝐈𝐍𝐉𝐀𝐔 𝐏𝐑𝐎𝐃𝐔𝐊 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐑𝐎 𝐊𝐄𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐉𝐔𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍

Program Jom Tinjau Produk Usahawan Yan Anjuran Biro Keusahawanan dan Kepenggunaan PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah Bersama PUSPANITA Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah dan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan telah diadakan pada 16 Julai 2023 (Ahad) jam 9.00 pagi bertempat di Kediaman Rasmi, Pegawai Daerah Yan, Yan, Kedah.

Program dimulakan dengan sarapan pagi oleh semua ahli PUSPANITA yang hadir bersama YBhg. Datin Seri Norhasni binti Ishak, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan YBhg. Datin Noor Hayati binti Ismail, Pengerusi Biro Keusahawanan dan Kepenggunaan PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah.

Aturcara Program diteruskan dengan lawatan ke Kilang Kopi Cap Raga di Kampung Kabu 10, Sungai Limau Dalam, Yan yang cukup terkenal dan sinonim dengan pengeluaran produk serbuk kopi tradisional kasar dan halus di Negeri Kedah dan seluruh negara. Syarikat ini telah mula ditubuhkan dan beroperasi sejak tahun 1978 oleh Haji Daud bin Haji Husin. Para ahli PUSPANITA yang terlibat turut diberikan penerangan mengenai proses penghasilan serbuk kopi ini oleh Penolong Pengusaha Kilang Kopi Cap Raga iaitu Encik Najmuddin bin Che Amat.

Program Jom Tinjau Produk Usahawan ini kemudiannya diteruskan lagi dengan lawatan ke Kilang Perusahaan Mi Lidi Faiqa di Kampung Tohor. Perusahaan mi ini telah mula ditubuhkan pada tahun 2011 dengan penghasilan dua (2) jenis produk utama iaitu mi lidi dan mi sanggul. Menariknya, kedua-dua produk ini dihasilkan tanpa menggunakan sebarang pewarna, pengawet dan minyak yang menyebabkan mi ini lebih tahan lama.

Seterusnya, ahli-ahli PUSPANITA turut berkesempatan untuk melawat Perusahaan Bahulu Kak Som di Ruat, Yan. Terdapat pelbagai jenis kerepek tradisional dan biskut yang dihasilkan untuk jualan kepada umum. Melalui program pada hari ini, para ahli telah didedahkan dengan pelbagai ilmu keusahawanan yang diperlukan untuk menjadi usahawan yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi, berinovasi dan berdaya saing.

Bagi memeriahkan majlis penutup Program ini, PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan turut menjemput seorang ‘influencer’ yang cukup terkenal di media sosial  ‘Tik Tok’ iaitu Puan Siti Asmah Binti Ahmad atau lebih dikenali dengan CTJerai82 yang mempunyai pengikut seramai 315,000. Beliau  ini sememangnya sangat  dikenali di media sosial Tik Tok kerana keaktifan dan kerajinan beliau dalam mempromosikan kehidupan dan aktiviti  beliau bersama di kampung. Puan Siti Asmah turut berkongsi pengalaman tentang pelbagai aktiviti beliau bersama keluarga di kampung dengan semua ahli PUSPANITA yang hadir.

Beliau sebelum ini pernah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Ibu Inspirasi sempena Sambutan Hari Ibu Tahun 2023 Peringkat Daerah Yan anjuran PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan pada 14 Mei 2023 lalu bertempat di Dewan Lestari, Guar Chempedak, Yan, Kedah.

Turut hadir di dalam program ini adalah Pegawai Daerah Yan merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan (Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK.), Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan (Puan Amila Binti Ahmad), Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan (Puan Noorul Azzyati Binti Ahmad Salmi), Penolong Pegawai Daerah - Pengurusan Daerah (Cik Afifah Binti Mohd Asri), Ahli- Ahli Jawatankuasa dan para warga PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan.

"WANITA SEPAKAT, NEGARA MENINGKAT"

#PUSPANITAYan

#40tahunPUSPANITA

#KeluargaPUSPANITA

#KASIHWanita

#puspanitadaerahyan