25.7.23

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐋𝐄𝐒𝐄𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐔𝐃𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 (𝐋𝐏𝐒) 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟑

 

𝟐𝟒 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟑 ( 𝐈𝐒𝐍𝐈𝐍 )

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐋𝐄𝐒𝐄𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐔𝐃𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 (𝐋𝐏𝐒) 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟑

Majlis Penyerahan Geran dan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) Peringkat Daerah Yan telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, SPMK., AMK., Menteri Besar Kedah Darul Aman bertempat di Dewan Masjid Al-Wustha, Guar Chempedak, Yan pada 24 Julai 2023 jam 10.30 pagi.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh YB Ustaz Sabri bin Azit (Ahli Parlimen Jerai), Puan Amirah Khairiah binti Abdul Latip (Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pembangunan) mewakili Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, Al Fadhil Ustaz Mohd Azam Abd.Samat (Mantan YB ADUN Sungai Limau), Al Fadhil Ustaz Mohd Nizam Bin Mohd Noh (Imam Masjid Al Wustho), Puan Nurul Azzyati Binti Ahmad Salmi (KPPD Pengurusan Tanah Yan) / Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, para Pegawai Tadbir Negeri Kedah, Ketua-Ketua Jabatan / Agensi Daerah Yan, Pegawai APM Daerah Yan, mantan Ahli-ahli Majlis Daerah Yan, para Imam, Mudir, Penghulu Mukim, warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Yan serta Majlis Daerah Yan, para warga PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan dan para Ahli Jawatankuasa serta anak - anak Kariah Masjid Al Wustho.

Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Kedah dan disusuli dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Al Fadhil Tuan Syeikh Alwi Bin Othman (Pegawai Agama Daerah Yan). Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan aluan oleh Pegawai Daerah Yan / Pentadbir Tanah Daerah Yan merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan Ucapan Perasmian oleh YAB Menteri Besar Kedah Darul Aman.

Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan qasidah daripada pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Al-Wustha, Guar Chempedak dan disusuli  dengan Majlis Penyerahan Geran kepada 9 orang penerima, penyerahan LPS kepada 83 orang penerima dan penyerahan sumbangan bantuan bencana banjir  yang berlaku di Kampung Teroi Bukit dan Kampung Titi Teras, Mukim Yan pada 08 Julai 2023 lalu melibatkan 47 orang penerima yang turut menerima sumbangan kit makanan dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Yan.

Majlis ini turut diserikan dengan penyampaian Sijil Pemilihan Daerah Yan sebagai Daerah Angkat Sekolah Pengajian Kerajaan, Universiti Utara Malaysia yang disampaikan oleh Dr. Noranida Binti Mokthsim (Pengerusi Program  Pusat Pengajian Kerajaan) kepada Tuan Pegawai Daerah Yan dan disaksikan oleh YAB Menteri Besar Kedah.

Majlis kemudiannya  diteruskan dengan penyampaian  cenderahati, sesi bergambar, lawatan ke booth-booth pameran yang disertai oleh KWSP Sungai Petani, TM Kedah/Perlis, Majlis Daerah Yan, PERKESO, Tabung Haji Guar Chempedak, Pejabat Tanah Yan dan Majlis Daerah Yan diakhiri dengan jamuan tengah hari.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Yan, Majlis Daerah Yan, PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan dan Jawatankuasa Kariah Masjid Al Wustho yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan Majlis Penyerahan Geran dan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) bagi Daerah Yan Tahun 2023 ini.

Jutaan terima kasih juga dirakamkan kepada seluruh jabatan / agensi, masyarakat setempat dan para penerima geran, LPS dan bantuan bencana atas kerjasama padu dan komitmen tinggi yang diberikan dalam memastikan kelancaran dan kejayaan Majlis ini.