24.7.23

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐁𝐈𝐊𝐀 / 𝐓𝐀𝐃𝐈𝐊𝐀 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍

𝟐𝟑 𝗝𝗨𝗟𝗔𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟯 (𝗔𝗛𝗔𝗗)

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍 𝐊𝐄  𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐁𝐈𝐊𝐀 / 𝐓𝐀𝐃𝐈𝐊𝐀 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍

Program Lawatan Kerja ini dijalankan oleh Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, Puan Amila Binti Ahmad dengan diiringi bersama oleh Puan Masyitah Binti Mohamad Radzi selaku Pegawai KEMAS Daerah Yan dan Puan Hjh Zainab Binti Awang, Penolong Pegawai Kemahiran dan Komuniti, KEMAS Daerah Yan.

Lawatan Kerja yang diadakan ini bertujuan untuk meninjau beberapa  lokasi yang menjadi pusat latihan dan kursus jangka pendek kepada  masyarakat setempat terutama golongan wanita di Daerah Yan seperti kelas menjahit dan kelas masakan yang dianjurkan oleh pihak KEMAS Daerah Yan.

Aturcara Lawatan Kerja ini  diteruskan dengan lawatan ke tempat asuhan dan bimbingan /  didikan kanak-kanak iaitu TABIKA yang menempatkan anak-anak asuhan berusia 2-3 tahun manakala TADIKA yang menempatkan kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun.

Dalam Lawatan Kerja ini juga, Puan Amila bersempatan beramah mesra bersama anak-anak dari TADIKA KEMAS Daerah Yan  (Parlimen Jerai) yang memberi pengalaman indah dan kenangan manis buat kanak-kanak dari TADIKA KEMAS tersebut.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada pihak KEMAS Daerah Yan (Parlimen Jerai) atas penganjuran dan kerjasama yang yang diberikan bagi menjayakan Program Lawatan Kerja ini dalam usaha meningkatkan kualiti sistem penyampaian dan pendedahan ilmu serta kemahiran berguna kepada para wanita khususnya di Daerah Yan  dan Parlimen Jerai.

Turut hadir dalam Lawatan Kerja ini ialah Cik Afifah Binti Mohd Asri, Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Daerah) Pejabat Daerah dan Tanah Yan serta Puan Nur Izzati Binti Mohd Sabri, Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat, Majlis Daerah Yan merangkap Setiausaha PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan.