18.8.22

MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL DI MASJID JAME' BADLISHAH , PEKAN YAN, YAN, KEDAH

18 OGOS 2022 (KHAMIS)

- Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Sempena Genap Setahun Bencana Kepala Air Di Daerah Yan ini telah diadakan bermula pada jam 7.00 malam bertempat di Masjid Jame' Badlishah , Pekan Yan, Yan, Kedah.

Program ini dimulakan dengan Solat Maghrib berjamaah dan disusuli dengan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil serta Solat Isyak berjamaah.

Program ini diadakan bagi sama - sama mendoakan kesejahteraan semua mangsa yang telah kembali pulang ke rahmatullah semasa kejadian bencana kepala air yang telah berlaku pada tanggal 18 Ogos 2021 yang lalu yang telah meragut tujuh nyawa serta turut mendoakan keselamatan dan perlindungan dari Allah s.w.t. agar Daerah Yan sentiasa dilindungi dan dipelihara dari sebarang kejadian yang tidak diingini.

Program ini telah dihadiri oleh Pegawai Daerah Yan / Yang Dipertua Majlis Daerah Yan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Yan / Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK.

Antara para tetamu jemputan lain yang turut hadir termasuklah YB ADUN Sungai Limau, wakil YB ADUN Guar Chempedak, wakil YB Ahli Parlimen Jerai, para Ahli Majlis Daerah Yan (MDY), Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah) / Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) / Setiausaha MDY, Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) PDTY, wakil Pengarah JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang, wakil Ketua Polis Daerah Yan, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Yan, Pegawai APM Daerah Yan, wakil Pegawai Agama Daerah Yan, para ketua / wakil pelbagai jabatan / agensi di Daerah Yan, para Penghulu Mukim,  Pengerusi dan Setiausaha JPKK di Daerah Yan, para Imam dan Setiausaha Jawatankuasa Kariah Masjid di Daerah Yan, para warga kerja PDTY dan MDY, para AJK dan warga PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan serta para Ahli Jawatankuasa dan anak-anak Kariah Masjid Jame' Badlishah, Pekan Yan.

Setinggi - tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada seluruh jabatan / agensi di Daerah Yan serta para Ahli Jawatankuasa Masjid Jame' Badlishah, Pekan Yan atas kerjasama padu dan komitmen tinggi yang diberikan dalam memastikan kelancaran dan kejayaan program anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Yan dengan kerjasama Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Yan.

#keluargamalaysia
#patuhisop
#kitajagakita
#kitamestimenang
#lindungdirilindungsemua
#puspanitadaerahyan