27.9.22

𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗔𝗥𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 2022 (HSN22) 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗬𝗔𝗡

 𝟮𝟳 𝗦𝗘𝗣𝗧𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟮 (𝗦𝗘𝗟𝗔𝗦𝗔) - Mesyuarat ini telah diadakan pada jam 11.30 pagi bertempat di Bilik Gerakan, Aras 1, Pejabat Daerah dan Tanah Yan dan dipengerusikan oleh Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK.,Pegawai Daerah Yan / YDP Majlis Daerah Yan merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan Pengerusi dan disusuli dengan Taklimat Hari Sukan Negara 2022 (HSN22) oleh Puan Asnatul Adha Binti Ahmad, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Yan.
Hari Sukan Negara 2022 Peringkat Daerah Yan akan berlangsung mulai 07 hingga 09 Oktober 2022 dan manakala Majlis Perasmian HSN 22 Peringkat Daerah Yan akan diadakan di SMK Dulang, Yan, Kedah.
Program ini menyasarkan penglibatan 19700 orang peserta di Daerah Yan termasuklah dari kampung, kawasan perumahan, institusi pendidikan, tempat kerja, pusat kecergasan dan pusat kesihatan meliputi keluarga dan kanak - kanak, wanita, orang kurang upaya, belia dan warga emas.
Antara aktiviti yang bakal dijalankan termasuklah senaman Keluarga Malaysia, kayuhan santai (funride), aerobic jamming, Sukaneka KEMAS, bola jaring shoot out, badminton, futsal dan boling.
Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah wakil YB ADUN Guar Chempedak, wakil Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah) PDTY merangkap Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) PDTY, wakil Ketua Polis Daerah Yan, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Yan, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda / Yan, wakil Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Yan,Pegawai KEMAS Daerah Yan, wakil Pegawai Kesihatan Daerah Yan, wakil Pegawai Agama Daerah Yan, Pegawai Penerangan Daerah Yan,wakil Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Daerah Yan, Setiausaha PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, wakil Pengerusi Majlis Belia Daerah Yan, Pengerusi Kelab Sukan Komuniti Singkir Darat, wakil Persatuan Senamrobik Negeri Kedah dan wakil Pengerusi Gerakan Belia 4B Jerai.